assaufee
January 1st 1980  (Age 29)
Male
Kuala Lumpur
Nasyid sepanjang zaman
   

<< November 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30

width=678 height=680 border=0>As-SAufee

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:


rss feed
Tuesday, November 21, 2006
Selamat Datang Ke Laman Web As-Saufee

Latar belakang AsSaufee


AsSaufee membawa maksud kejernihan, sesuai dengan motto kumpulan AsSaufee ialah untuk menjernihkan suasana hiburan tanah air dengan hiburan alternatif yang berlandaskan Islam, serta memeriahkan lagi industri nasyid tanah air.

Kumpulan AsSaufee ditubuhkan pada tahun 2001 di bawah naungan Rumpun Records. Di awal penubuhannya, kumpulan ini dianggotai seramai 6 orang ahli. Pernah melahirkan sebuah album pada tahun 2002 yang berjudul keinsafan. Antara lagu-lagu dari album tersebut yang sering bermain dicorong radio ikim.fm dan RTM1 ialah Dustur Ilahi & Keinsafan.

Sering mendapat jemputan membuat persembahan di sekitar semenanjung Malaysia, terutamanya sekitar Lembah Kelang.

Kini AsSaufee dianggotai seramai 4 orang iaitu Ahmad Radzuan, Hafiz, Fakhrul Idzhan dan Nazrul Azwan. AsSaufee kini dalam proses menghasilkan sebuah lagi album yang dijangka akan diterbitkan pada akhir tahun ini. Proses yang kini hampir 80% siap, bakal mengandungi 10 buah lagu, antaranya Rindu Kekasih (pra dengar lagu, klik http://assaufee.multiply.com) yang pernah menjuarai carta Nasyid Minggu Ini (NMI) selama 10 minggu yang ditayangkan setiap hari Ahad, 6.30 petang di TV1, manakala lagu Kota Mekah pula menjadi lagu tema program Seruan Haji di TV1 setiap hari, 6.30 petang yang disiarkan mulai 2 November lalu. Turut dimuatkan beberapa buah lagu lain antaranya, Cinta Al-Amin, Titian Suci, Rintihanku, Kekasihku, Persahabatan, Dunia, Mari Bersembahyang dan Permata Hati.

Antara komposer yang terlibat dalam menjayakan album ini ialah Abai Os (Hijjaz), Fazly (FarEast) Arin (Rumpun Records) dan anggota AsSaufee sendiri iaitu Duan dan Hafiz. Album ini diterbitkan sendiri oleh AsSaufee, semoga dengan kehadiran album baru ini akan memeriahkan lagi industri hiburan tanah air serta mengakhiri penantian kami serta peminat-peminat kami setelah sekian lama menanti kemunculan album terbaru kami. Kini AsSaufee telah mengorak langkah dengan menubuhkan syarikat berdaftar, AsSaufee Records, dan kini album yang bakal berada di pasaran pada Februari 2007, merupakan album pertama di bawah naungan AsSaufee Records.

 

Biodata anggota AsSaufee

Muhd Fakhrulidzhan bin Mazlan (Faiz)

Asal:

Batu Kurau, Perak

Status:

Bujang

Pendidikan:

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)

Kerjaya:

Penolong Pengurus Syarikat

Pengalaman dalam bidang seni:

Menganggotai kumpulan nasyid sekolah, menganggotai kumpulan nasyid di KUIS, mendapat bimbingan artis-artis nasyid terkenal seperti Salleh (Brothers) dan lain-lain, pernah menjadi jurulatih nasyid di AL-AMIN.

Minat:

Nasyid, Marketing, Melancong

Peranan:

Vokal utama, 3rd Voice




Nazrul Azwan bin Ahmad Sabri (Nazrul)

Asal:

Taiping, Perak

Status:

Bujang

Pendidikan:

Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), kini sedang menuntut di UPSI dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling

Pengalaman dalam bidang seni:

Pengalaman dalam bidang seni: Menganggotai kumpulan nasyid sekolah, menganggotai kumpulan nasyid di KUIS, menganggotai kumpulan nasyid di UPSI, pernah merakamkan album nasyid di sekolah.

Minat:

Nasyid, Motivasi

Peranan:

Vokal utama, 2nd Voice



Hafiz bin Mahmood (Hafiz)

Asal:

Machang, Kelantan, membesar di Selangor

Status:

Sudah berkahwin

Pendidikan:

B.A (honours) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Institut Perguruan Islam Selangor (IPIS)

Kerjaya:

Guru

Pengalaman dalam bidang seni:

Pernah menganggotai kumpulan nasyid di peringkat sekolah, manakala di peringkat universiti pula, pernah menganggotai kumpulan Hussaini (UIAM) yang banyak melahirkan artis-artis nasyid seperti Arifin yang kini bersama Hijjaz, Rahim (InTeam), Izzat (Mirwana), Suhaimi, Hisyam (Dehearty), Syed (Haikal), Fadhil (AllOne), juga pernah mewakili pertandingan antara IPT bersama kumpulan INTEAM, merupakan anggota kumpulan nasyid di IPIS, jurulatih kumpulan nasyid sekolah dll.

Minat:

Nasyid, Seni Khat (pernah bekerja di Muzium Kesenian Islam), Design dan Komputer.

Peranan:

Vokal utama, 2nd Voice



Ahmad Radzuan bin Idris (Duan)

Asal:

Teluk Intan, Perak

Status:

Sudah berkahwin

Kerjaya:

Freelance dalam Firma Guaman

Pengalaman dalam bidang seni:

Merupakan pengasas kepada kumpulan AsSaufee, berkebolehan dalam mencipta lagu, berkebolehan dalam bermain beberapa alat perkusi dan alat muzik.

Minat:

Nasyid, Mencipta lagu, Melancong

Peranan:

Bass vocal



 ==================================================

Kumpulan AsSaufee telah banyak menerima undangan persembahan dalam pelbagai majlis keraian antaranya undangan persembahan di majlis perkahwinan, majlis hari ulangtahun, majlis ulangtahun syarikat, majlis berbuka puasa di hotel-hotel dan dewan terkemuka, majlis rumah terbuka aidilfitri, karnival jualan, ekspo, hari keluarga, sambutan tahun baru, sambutan kemerdekaan, majlis meraikan anak-anak yatim dan OKU, karnival usahawan sekolah, majlis pelancaran, persembahan di pusat membeli-belah terkemuka, persembahan di IPT-IPT, di sekolah-sekolah dan lain-lain. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan peminat-peminat dan orang ramai amat memberansangkan.

Diharapkan anda terus menyokong kami selagi kami membawa ke arah kebaikan dan tegurlah dan bimbinglah kami sekiranya terdapat sebarang kesilapan. Sebarang teguran dan pendapat untuk penambahbaikan amat dialu-alukan.

Sekiranya anda ingin menjemput kami, bolehlah berhubung terus dengan pihak kami melalui talian 0192025541 (Hafiz), Ridzuan 0136068209, Faiz 0196108208, Nazrul 0123548314 atau melalui emel seperti di bawah.

Selain persembahan, AsSaufee juga turut menguruskan perkhidmatan sewa audio sistem, studio rakaman, mencipta lagu & lirik, susunan muzik, menerbitkan album nasyid, menulis kaligrafi arab, design dan lain-lain.


web as saufee:
http://assaufee.multiply.com
http://assaufee.fotopages.com
http://diskusi.nasyeed.com/viewforum.php?f=16

emel:
assaufee@yahoo.com
hafizzm05@yahoo.com
nazrulsabri@yahoo.com


Posted at 06:23 pm by assaufee

assaufee
September 5, 2009   12:29 PM PDT
 
blogdrive tak di'update'kan lg... sila ke http://as-saufee.blogspot.com utk maklumat terkini assaufee
fire safety
July 1, 2009   12:47 PM PDT
 
baru saya faham maksud dia
web design
June 26, 2009   11:37 AM PDT
 
tahniah assaufee
malaysia web design
June 23, 2009   03:43 PM PDT
 
ye desing tu gedabak sangat
malaysia seo
April 17, 2009   07:34 PM PDT
 
AKU BILA MEREKA NAK UBAH
NUR
January 15, 2009   11:21 AM PST
 
BILA AHLI KUMPULAN TU NAK MENGUBAH STATUS
assaufee
October 3, 2007   07:37 PM PDT
 
terima kasih atas komen anda
Nurian
July 14, 2007   07:41 AM PDT
 
Ye ar...Besar woo..susah nak baca.Tapi,boley la...
Bila menyongsang itu benar
March 27, 2007   10:35 AM PDT
 
design ok, tp jgnla gedabak sgt utk view dlm blog bro... nk scroll kekanan lagi leceyla... kasi kecik sket gmbr... baru cung...
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Home Next Entry