|
Latar belakang AsSaufee AsSaufee membawa maksud kejernihan, sesuai dengan motto kumpulan AsSaufee ialah untuk menjernihkan suasana hiburan tanah air dengan hiburan alternatif yang berlandaskan Islam, serta memeriahkan lagi industri nasyid tanah air. Kumpulan AsSaufee ditubuhkan pada tahun 2001 di bawah naungan Rumpun Records. Di awal penubuhannya, kumpulan ini dianggotai seramai 6 orang ahli. Pernah melahirkan sebuah album pada tahun 2002 yang berjudul keinsafan. Antara lagu-lagu dari album tersebut yang sering bermain dicorong radio ikim.fm dan RTM1 ialah Dustur Ilahi & Keinsafan. Sering mendapat jemputan membuat persembahan di sekitar semenanjung Malaysia, terutamanya sekitar Lembah Kelang. Kini AsSaufee dianggotai seramai 4 orang iaitu Ahmad Radzuan, Hafiz, Fakhrul Idzhan dan Nazrul Azwan. AsSaufee kini dalam proses menghasilkan sebuah lagi album yang dijangka akan diterbitkan pada akhir tahun ini. Proses yang kini hampir 80% siap, bakal mengandungi 10 buah lagu, antaranya Rindu Kekasih (pra dengar lagu, klik http://assaufee.multiply.com) yang pernah menjuarai carta Nasyid Minggu Ini (NMI) selama 10 minggu yang ditayangkan setiap hari Ahad, 6.30 petang di TV1, manakala lagu Kota Mekah pula menjadi lagu tema program Seruan Haji di TV1 setiap hari, 6.30 petang yang disiarkan mulai 2 November lalu. Turut dimuatkan beberapa buah lagu lain antaranya, Cinta Al-Amin, Titian Suci, Rintihanku, Kekasihku, Persahabatan, Dunia, Mari Bersembahyang dan Permata Hati. Antara komposer yang terlibat dalam menjayakan album ini ialah Abai Os (Hijjaz), Fazly (FarEast) Arin (Rumpun Records) dan anggota AsSaufee sendiri iaitu Duan dan Hafiz. Album ini diterbitkan sendiri oleh AsSaufee, semoga dengan kehadiran album baru ini akan memeriahkan lagi industri hiburan tanah air serta mengakhiri penantian kami serta peminat-peminat kami setelah sekian lama menanti kemunculan album terbaru kami. Kini AsSaufee telah mengorak langkah dengan menubuhkan syarikat berdaftar, AsSaufee Records, dan kini album yang bakal berada di pasaran pada Februari 2007, merupakan album pertama di bawah naungan AsSaufee Records.
Biodata anggota AsSaufee Muhd Fakhrulidzhan bin Mazlan (Faiz)
Hafiz bin Mahmood (Hafiz)
Ahmad Radzuan bin Idris (Duan)
Kumpulan AsSaufee telah banyak menerima undangan persembahan dalam pelbagai majlis keraian antaranya undangan persembahan di majlis perkahwinan, majlis hari ulangtahun, majlis ulangtahun syarikat, majlis berbuka puasa di hotel-hotel dan dewan terkemuka, majlis rumah terbuka aidilfitri, karnival jualan, ekspo, hari keluarga, sambutan tahun baru, sambutan kemerdekaan, majlis meraikan anak-anak yatim dan OKU, karnival usahawan sekolah, majlis pelancaran, persembahan di pusat membeli-belah terkemuka, persembahan di IPT-IPT, di sekolah-sekolah dan lain-lain. Alhamdulillah, sambutan yang diberikan peminat-peminat dan orang ramai amat memberansangkan. Diharapkan anda terus menyokong kami selagi kami membawa ke arah kebaikan dan tegurlah dan bimbinglah kami sekiranya terdapat sebarang kesilapan. Sebarang teguran dan pendapat untuk penambahbaikan amat dialu-alukan. Sekiranya anda ingin menjemput kami, bolehlah berhubung terus dengan pihak kami melalui talian 0192025541 (Hafiz), Ridzuan 0136068209, Faiz 0196108208, Nazrul 0123548314 atau melalui emel seperti di bawah. Selain persembahan, AsSaufee juga turut menguruskan perkhidmatan sewa audio sistem, studio rakaman, mencipta lagu & lirik, susunan muzik, menerbitkan album nasyid, menulis kaligrafi arab, design dan lain-lain.
web as saufee: |
| assaufee September 5, 2009 12:29 PM PDT blogdrive tak di'update'kan lg... sila ke http://as-saufee.blogspot.com utk maklumat terkini assaufee | ||
| fire safety July 1, 2009 12:47 PM PDT baru saya faham maksud dia | ||
| web design June 26, 2009 11:37 AM PDT tahniah assaufee | ||
| malaysia web design June 23, 2009 03:43 PM PDT ye desing tu gedabak sangat | ||
| malaysia seo April 17, 2009 07:34 PM PDT AKU BILA MEREKA NAK UBAH | ||
| NUR January 15, 2009 11:21 AM PST BILA AHLI KUMPULAN TU NAK MENGUBAH STATUS | ||
| assaufee October 3, 2007 07:37 PM PDT terima kasih atas komen anda | ||
| Nurian July 14, 2007 07:41 AM PDT Ye ar...Besar woo..susah nak baca.Tapi,boley la... | ||
| Bila menyongsang itu benar March 27, 2007 10:35 AM PDT design ok, tp jgnla gedabak sgt utk view dlm blog bro... nk scroll kekanan lagi leceyla... kasi kecik sket gmbr... baru cung... | ||
| Leave a Comment: |